DUA 6022 – KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
AMALAN GOTONG-ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN – MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM
Nama ahli kumpulan & no pendaftaran :
Mohd Yazreen B. Yahya
02DEP15F1001
Mohd Zarul Syazrin B. Zainol
02DEP15F1009
Muhammad Azfar B. Rosli
02DEP15F1005
Aiman Fahimi B. Tarmizi
02DEP15F1011
Muhammad Khairul Naim B. Abdul Rahim
02DEP15F1007
PENGENALAN
Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum.bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secra bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
2. Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
3. Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim
DIFINISI GOTONG-ROYONG
Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampong-kampung dan kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyrakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.
Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala, Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identittinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
KEPENTINGAN GOTONG-ROYONG
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seprti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah melayu, “berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga balanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG-ROYONG
Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak dibangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melasanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.
Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya. Selain itu, menyelidik potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.
Kebaikan Amalan Gotong-Royong
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah , amalan ini dapat mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan
sesuatu tugasa itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amaln ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau seberat manapun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah , amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep berkerjasama antara masyarakat terutamanya di kawasan yang mempunyai pelbagai kaum.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. Kebersihan itu sebahagian daripada Iman sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
MANFAAT GOTONG-ROYONG
Dengan bergotong-royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan. Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama. Bangsa kita punya tujuan yang sama iaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita.
Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antara lain pembangunan fasiliti umum dan membersihkan lingkungan sekitar. Dengan bergotong-royong, banyak hal yang telah dilakukan bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah, membantu tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan memproklamasikan kemerdekaan Negara.
SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG
SEMANGAT GOTONG-ROYONG DIDORONG OLEH:
· Bahwa manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain atau lingkungan sosial.
· Pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya.
· Manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya
· Manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.
Contoh Kegiatan Gotong-Royong
SEBAB-SEBAB AMALAN BERGOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR
Malas
Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alas an inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hamper semua orang, oleh sebab itu, saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperanan aktif, tak berkecuali saat ada kegiatan gotong-royong.
Kesibukan
Tak sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hamper taka da waktu untuk kegiatan-kegiatan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan wang untuk membayar orang lain untuk mewakili saat ada gotong-royong.
Kurang Bersosialisasi/Egois
Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang muncul, pada era globalisasi sekarang yang membuat orang terkadang berfikir praktis. Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak mahu atau malas-bermalasan untuk bergotong-royong.
PENUTUP
Akhir sekali, jika amalan ini diamalkan dalam masyarakat sudah pasti tahap perpaduan akan meningkat dengan begitu ketara kerana semua ahli dalam sesebuah masyarakat itu saling kenal mengenali antara mereka. Kekerapan mereka berjumpa ketika melakukan sesuatu aktiviti menyebabkan mereka saling memahami akan kerenah masing-masing yang mengukuhkan perpaduan antara mereka dalam jangka masa panjang. Jelaslah, amalan yang sudah lama diamalkan ini berupaya untuk menghidupkan semua semangat perpaduan antara kaum di Negara ini yang mula dilupakan oleh penduduknya.
Kalau tahap perpaduan begitu tinggi sudah pasti keamanan Negara akan berkekalan kerana semua ahlinya memahami satu sama lain dengan mendalam. Keamanan Negara yang stabil ini amat penting untuk memudahkan pelbagai projek pembangunan dilaksanakan tanpa adanya sebarang gangguan yang menguggat kelancaran projek tersebut. Semua pihak akan menerima kesan positif daripada keamanan yang wujud ini terutama perkembangan bidang ekonomi yang pastinya amat memerlukan keamanan yang sejati. Sesungguhnya, amalan gotong-royong menjadikan Negara ini aman dan membolehkan semua pihak menikmati kemakmuran ekonominya.
Kesimpulannya, amalan yang murni ini harus digalakkan terutama dalam kalangan remaja yang semakin hari semakin melupakannya. Sikap mengutamakan diri dan kebendaan telah mengaburi remaja akan pentingnya amalan ini dihidupkan semula dengan segera. Konsep individualistik yang begitu kuat diamalkan di Negara barat dan kini melimpah ke Negara kita harus dikaji dengan teliti supaya konsep ini tidak mengikis amalan bergotong-royong ini. Hidup dalam masyarakat lebih bermakna daripada hidup bersendirian.
Selain itu, aktiviti gotong-royong kepada masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu “muafakat membawa berkat”. Pada pendapat kami, pihak kerajaan juga boleh memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan suratkhabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20131211/wk_05/Pupuk-perpaduan-melalui-aktiviti-gotong-royong
http://www.negeripesona.com/2015/11/5-alasan-gotong-royong-mulai-ditinggalkan.html